Sunday 4 September 2011

Kolam Pancing Besmieve



Kolam Pancing Besmieve adalah pusat memancing rekreasi berlokasi di Kampung Penan, Batu 12 Jalan Bintulu - Miri kira kira 20 minit perjalanan dari bandar bintulu. Kolam Besmieve menawarkan pengalaman memancing ikan air tawar dan beriadah sekeluarga.

Kolam Besmieve mula beroperasi pada 7 Julai 2011 dan dibuka setiap hari seperti berikut:

Isnin - Khamis: jam 8.00 pagi hingga 6.00 ptg.
Jumaat, Sabtu & Ahad: jam 8.00 pagi - 10.00 mlm

Spesis ikan: Patin, Keli, Tilapia, sultan/jelawat, haruan, puyu

Umpan disediakan: Cacing tanah

Kadar Bayaran: RM 10 satu joran sehari untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak kanak.

Ikan dipancing jika dibawa pulang kira semua spesis RM 10 sekilo.



SYARAT & PERATURAN MEMANCING

1. Keselamatan  diri, keluarga dan harta benda pemancing/pengunjung adalah tanggungjawab sendiri. Pihak pengurusan kolam tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecurian, kehilangan dan sebagainya semasa berada dikawasan kolam besmieve.

2.  Pemancing/pengunjung tidak dibenarkan memetik, memotong, mengutip sebarang tumbuhan & tanaman di kawasan kolam besmieve.

3.  Pemancing hendaklah mendaftar dan mendapatkan resit sebelum memancing. Pihak pengurusan akan meminta pemancing menunjukan resit pendaftaran untuk pemeriksaan dari masa ke semasa.
4.  Kadar bayaran adalah seperti berikut:  Dewasa        RM 10 / joran 
                                                                Kanak kanak    RM   5 / joran

5. Pemancing hanya dibenarkan menggunakan satu joran 1 mata kail sahaja. Pemancing hanya dibenarkan mengunakan satu mata kail, tidak dibenarkan menggunakan pelampong, mata bom,  mata tiga, jala  dan sebagainya.

6.  Resit pendaftaran adalah untuk satu orang & kanak kanak dibawah jagaannya. Resit pendaftaran tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

7.   Pemancing tanpa resit pendaftaran akan dikenakan bayaran RM 20

8. Ikan tangkapan sekiranya ingin dibawa pulang akan ditimbang dan bayaran akan ditentukan mengikut harga sekilo ikan tersebut yang dipamerkan di kaunter pendaftaran.

9.   Pemancing tidak dibenarkan menggunakan umpan yang berasaskan daripada organ-organ haiwan dan umpan tiruan.

10. Pemancing tidak dibenarkan sama sekali turun/masuk kedalam kolam.

11. Pemancing tidak dibenarkan sama sekali melakukan  atau menjalankan sebarang aktiviti terlarang dan salah disisi undang-undang di dalam kawansan kolam besmieve.   



















 

1 comment: